Sejarah & Profil Kariah
Tahun 1970: Penubuhan Asal
Masjid Al-Abrar yang terletak di Kampung Kubang Gajah, Perlis, dibina pada 1970 yang memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat setempat.
Transformasi Darul Abrar
Bangunan masjid yang lama kini telah diubah suai dan dikenali sebagai Darul Abrar. Darul Abrar berfungsi sebagai pusat pengurusan jenazah bagi kawasan Arau dan pada masa sama, ia dijadikan pusat aktiviti dan program Jamiyah yang memfokuskan peningkatan ilmu, kemahiran, dan profesionalisme imam serta pegawai masjid seluruh negeri.
Ciri Seni Bina & Penyaman Udara
Masjid yang kini mempunyai 1 kubah utama dan 1 menara masjid serta telah dinaiktaraf dengan pemasangan penyaman udara di dalam masjid.
Kelestarian Tenaga Solar
Sebagai langkah proaktif ke arah kelestarian alam dan kecekapan tenaga, masjid turut dilengkapi dengan beberapa lot letak kenderaan berbumbung yang dipasangkan dengan panel solar.